Latest News

Tuesday, May 20, 2014

TRW kembali rebut mahkota Liga Super

KEJAYAAN 'The Red Warriors' menewaskan Perak 2-1 malam tadi dilihat meletakkan skuad pantai timur itu kembali ke landasan dalam perburuan mahkota Liga Super musim ini.



Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, skuad bimbingan George Boateng itu juga membuktikan sekalipun tanpa aksi pemain import, mereka masih mampu mencatatkan kemenangan.

Beliau yang menyambut hari lahirnya ke-58 hari ini, turut memuji corak taktikal Boateng yang tidak menurunkan dua awang import mereka - Prince Tagoe dan Francis Forkey Doe - yang dikatakan masih belum cergas sepenuhnya.

"Kecewa pada mulanya balik Kota Baharu ingin melihat Tagoe (beraksi) tapi tidak di senarai...Doe pun tidak turun.

"Berani betul Boateng ambil risiko tapi bangga melihat pemain tempatan kita beraksi malam tadi...hadiah harijadi yang indah,"
kata Annuar menerusi posting terbarunya di laman Facebooknya, hari ini.

Prince Tagoe dilaporkan mengalami kecederaan manakala Forkey Doe masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan sebelum ini.

Kemenangan itu meletakkan Kelantan pada kedudukan kelima liga dengan kutipan 25 mata selepas beraksi dalam 16 perlawanan.

Kelantan akan berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu ini (24 Mei) untuk menentang wakil kelab, T-Team. - Bernama

kredit: http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-antarabangsa/trw-kembali-rebut-mahkota-liga-super-1.281439
Read more ...

Monday, May 19, 2014

Nicol regains British Open crown


Nicol David regains the British Open title after beating local lass and defensing champion Laura Massaro in the final on Sunday. - SquashSite.co.uk

PETALING JAYA: World No.1 Nicol David let out a scream of joy after coming back in style to beat defending champion Laura Massaro for her fifth British Open title in Hull.

The Penangite, who was beaten in the semi-finals of the World Championship in her hometown March, showed great determination and focus to rally for the 8-11, 11-5, 11-7, 11-8 win on Sunday. It was sweet revenge for Nicol as she had lost to the Englishwoman in last year’s final.

Nicol has now won the world’s oldest squash tournament for the fifth time to add to her impressive list of seven world titles. She won the other British Open titles in 2005, 2006, 2008 and 2012.

It was the 30-year-old Nicol’s 74th Women’s Squash Association (WSA) Tour title.

The Malaysian, however, didn’t have the best of starts. World No. 2 Massaro was always in command, taking an 8-5 lead before pushing on to win 11-8.

But Nicol bounced back superbly in the second, mixing her wide repertoire of shots with good length to reel off seven straight points to level the match at 1-1.

A frustrated Massaro tried desperately to fight back, but a series of errors cost her to lost 11-7 in the third.

Oozing with confidence, Nicol pushed ahead from 6-6 in the fourth to seal the title after a 53-minute encounter.

“Laura played great squash and it obviously meant a lot to her in trying to win the title. I really had to dig deep and I’m just so pleased to win in the end,”
said an emotional Nicol after the match.

“It was a real neck-and-neck match and I had to do my best to stay in there. Towards the end, Laura made quite a few errors and I took advantage of that.

“To be honest, I didn’t think about winning my fifth title before the match. I’m really happy to have done it in the end.

“It’s one of the reasons why I love this sport so much. I just want to keep on improving and to continue staying at the top,”
added Nicol, who has been the world No. 1 since August 2006.

credit to http://www.thestar.com.my/Sport/Squash/2014/05/18/Nicol-regains-British-Open-crown/
Read more ...

Tasha Shilla Antara Punca Kekasih Menang Muai Thai


Tasha bertindak sebagai 'cornerwoman' kepada Han semasa Perlawanan Pemilihan Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua yang diadakan di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada Ahad. - Foto Tune Talk

PETALING JAYA:Peninju Muay Thai yang juga kekasih kepada aktres Tasha Shilla iaitu Han Chen Wong memberitahu kehadiran aktres berkenaan untuk memberi sokongan ketika dia menyertai perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua yang diadakan di Paradigm Mall di sini pada Ahad memberi lebih keyakinan sehingga dia menang acara itu.

Han, 24, berkata, dia terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggan sepanjang perlawanan itu berlangsung.

"Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung.

"Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu,"
katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Ahad.


Tasha sentiasa bersedia untuk memberikan semangat kepada Han semasa waktu berehat. Foto ihsan Tune Talk.

Pada pertandingan anjuran Tune Talk itu, Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan.

Dalam pada itu, Han berkata, sebagai pasangan kekasih mereka sentiasa menyokong kerjaya masing-masing namun dia terkejut dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh Tasha terhadapnya.

"Sebelum ini Tasha selalu juga ikut sekiranya saya ada apa-apa pertandingan tetapi tidak sebagai 'cornerwoman' tetapi kali ini dia benar-benar memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi,"
ujarnya.


Pasangan ini sentiasa menyokong kerjaya masing-masing.

Sementara itu, Tasha berkata, biarpun pertama kali bertindak sebagai 'cornerwoman' namun dia tidak kekok kerana sebelum ini sering memerhati tugas yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki semasa menemani Han ke perlawanan Muay Thai.

Malah kata Tasha, dia gembira dapat memberi sokongan kepada Han kerana kekasihnya itu sentiasa menyokong kerjayanya dan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan.

"Setiap pusingan akan ada waktu rehat selama lima minit dan peluang itu saya gunakan untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk perlawanan seterusnya.

Saya sangat gembira dapat beri sokongan kepada dia malah ini adalah satu pengalaman baharu buat saya," ujarnya.


Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my
kredit: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/05/19/tasha-shilla-han/
Read more ...

Sunday, May 18, 2014

[La Liga] Real Madrid 3 Espanyol 1

Bale dalam aksi terakhir Real Madrid musim ini menentang Espanyol pada Sabtu. Real menang 3-1 dengan Bale menyumbang satu gol.
GOL oleh pemain termahal dunia, Gareth Bale dan Alvaro Morata (2 gol) sudah memadai untuk membolehkan Real Madrid menutup musim ini dengan menumpaskan Espanyol 3-1.

Ini adalah gol ke-15 Bale bersama Real musim ini.

Real kini mengutip 87 mata - dua mata kurang dari Atletico Madrid dan satu mata di atas Barcelona.

Bagaimanapun kemenangan ini datang dengan kos yang tinggi apabila Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan ketika sedang memanaskan badan sejurus sebelum perlawanan bermula.

Kecederaan ini sekaligus menjejaskan persiapan Portugal ke Piala Dunia yang akan bermula kurang lebih sebulan dari sekarang.



kredit: http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2014/05/18/real-menang-perlawanan-terakhir-liga/
Read more ...
Designed By